6 Februari 2014 - 20:30
Ancaman Amerika disambut rakyat Iran dengan ketawa

Khatib Jumaat Tehran berkata, "Ahli politik Amerika berbicara tentang Iran tanpa asas, ini menunjukkan Iran mempunyai hak melaungkan slogan "mampus Amerika"."

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ayatullah Movahhedi Kermani dalam khutbah Jumaat di Tehran hari ini mengulas tentang kenyataan ahli politik Amerika dengan menyatakan, "Kerry dan Sherman terlalu biadap. Mereka telah menggunakan perkataan yang keji dan ini memang layak untuk mereka. Sherman berkata Iran telah menyumbangkan wang mereka kepada golongan fakir sedangkan itu adalah wang Iran suatu ketika dahulu yang kemudiannya berada dalam cengkaman Amerika. Sekarang dengan berkat rundingan, sejumlah wang tersebut telah mereka kembalikan, hakikatnya mereka telah mencuri."

"Mereka berkata kita mengejar senjata peluru berpandu balistik, di tempat lain mereka berkata para pemimpin fitnah perlu dibebaskan, di tempat lain juga mereka berkata Iran perlu berhenti menjadi pengganas. Pengganas dalam pandangan mereka adalah Hizbullah yang sedang mempertahankan nyawa, agama sendiri dari musuh-musuh. Saya mencadangkan mereka agar berbicara dengan berfikir supaya tidak melakukan kesilapan amat besar ini, iaitu kamu ingin membuat keputusan terhadap Syria. Kami percaya warga Syria sebenarnya yang perlu membuat keputusan untuk diri mereka sendiri. Sekarang kata-kata kami (dituduh) menjadi faktor ketidak stabilan dalam Syria.

"Mereka berkata: Pembatalan sekatan ekonomi hanyalah bersifat sementara dan boleh diulang kembali, dan kami tidak akan biarkan ekonomi Iran pulih. Semua kata-kata ini tidak berasas dan tidak relevan. Rakyat dan kementerian luar Iran sedang menanti untuk memberikan jawapan yang memcahkan gigi. Mereka memperalatkan sikap sopan santun Menteri Luar negara kita, Dr. Zarif. Kerana itu kementerian luar perlu melaungkan takbir dalam menghadapi golongan Mutakabbir (angkuh) ini. Iran juga mentertawakan ancaman-ancaman ini," tegas beliau.

Ayatullah Movahhedi Kermani juga menerangkan betapa pentingnya menjaga adab rundingan dan berkata, "Saya berkata kepada orang Amerika, kamu sedang berada dalam perundingan, sekiranya diri kamu tidak mempunyai adab, paling kurang jagalah adab rundingan. Saya mengucapkan takziah kepada Zarif kerana terjebak dengan individu-individu seperti ini dalam rundingan. Namun kita tidak lupa terhadap Sayyidah Zainab (a.s) di zaman perundingan dengan Yazid. Kata beliau: Saya tidak dapat mengelak dari berbicara dengan engkau, sedangkan engkau tidak penting bagiku."

Mengenai 8 tahun perjuangan berani warga Iran dalam memerangi musuh, beliau mengingatkan, "Lapan tahun Iran berperang dan berbangga, musuhnya ditundukkan. Perang dengan Iran ialah peperangan dengan Islam. Begitu juga perang terhadap Islam merupakan perang terhadap Iran. Dalam beberapa tahun ini, apakah pencapaian kamu selain dari penyesalan?. Lihatlah rakyat Iran menyingkirkan Shah dengan hina. Sedangkan seluruh sistem kuasa angkuh dunia mempertahankan Shah, termasuklah serangan di Tabas, janganlah kamu lupa bahawa Allah juga menunjukkan peluru Ababil ke arah kamu. Walau bagaimanapun kami tahu semua kegemilangan ini diraih dengan perantara Allah dan Islam.

"Pada 19 bahman tahun 57, tentera udara telah memberikan bai'at kepada Imam, dan pinggang Shah telah patah akibat bai'at ini. Rakyat Iran juga bergegas membantu mereka. Saya juga mengucapkan tahniah kepada tentera udara atas ketinggian dan kegemilangan ini. Hari 22 Bahman (ulangtahun kemenangan Revolusi Islam Iran) akan menjelang yang mana ianya adalah hari penting. Semakin meriah dan besar hari ini disambut, pihak musuh juga semakin mengalami kekalahan," tambah beliau.